|
KATA ALU-ALUAN TUAN PENGETUA
Bismillahirrahmanirrahim...
Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada semua guru-guru, staf sokongan dan
para pelajar menggembeling usaha dan tenaga secara kolektif
dan muafakat bagi mecernakan Sekolah menengah Teknik Muadzam
Shah menjadi Cemerlang.
Guru-guru, staf sokongan dan para pelajar sekolah ini
merupakan individu yang mempunyai potensi yang besar.
Peningkatan kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan SPM
adalah bukti kukuh kenyataan di atas. Seandainya potensi ini
di canai dengan lebih baik dn positif maka SMTMS mampu
menjadi sebuah sekolah yang Gemilang dan Terbilang.
Keberkesanan institusi sekolah bukan saja diukur daripada
pencapaian akademik malah kecemerlangan kokurikulum juga
menjadi pentanda yang sama penting disamping persekitaran
sekolah yang ceria merupakan satu bayangan isi dalamnya.
Oleh itu, semua warga sekolah mestilah berganding bahu agar
kita berjaya mencapai wawasan pendidikan yang Gemilang.
Saya berharap semangat dan kesungguhan ini terus bersemarak
terutama dalam mencapai visi kita tahun 2010. Dalam pada itu,
usaha memburu kejayaan akademik perlu digembeling agar
diseimbangkan dengan percapaian kokurikulum, pengurusaan
sekolah dan disiplin pelajar. Aspek kerohanian perlu
dipertingkatkan agar takrif kecemerlangan yang sedang kita
kecapi benar-benar bermakna.
Jenteru itu, saya ingin mengingatkan diri saya, guru-guru,
staf sokongan dan para pelajar serta seluruh warga SMTMS
sentiasa bersikap memperbaiki diri, bermuhasabah diri,
berpandangan jauh, bersikap positif dan bertanggungjawab
kepada tugas yang diamanahkan. Semoga kerja yang kita
lakukan menjadi ibadah dan diredai Allah s.w.t.
Sekian, Selamat Maju Jaya.
"Pelajar Cemerlang Sekolah Gemilang"
|